Kadang-kadang, kita ni tak perasan betapa pentingnya penyata bank. Bila tiba-tiba ada masalah kewangan atau perlu buat pengesahan transaksi, barulah kita teringat nak dapatkan penyata bank.
Masalahnya, ramai yang tak tahu macam mana nak dapatkan penyata bank BSN ni. Kadang-kadang, pergi ke bank pun malas sebab takut kena beratur lama.
Kami nak kongsikan cara-cara mudah untuk dapatkan penyata bank BSN supaya Anda tak perlu pening kepala lagi.
Ada beberapa cara yang boleh Anda pilih, sama ada nak guna perbankan internet, mesin ATM, atau pergi terus ke cawangan BSN.
Cara Download Penyata Bank BSN Online
Guna laman web perbankan internet BSN ni paling senang dan cepat kalau Anda nak dapatkan penyata bank. Ikut je langkah-langkah kat bawah ni:
- Anda pergi ke laman web BSN kat https://www.mybsn.com.my
- Kat bahagian atas kanan laman web tu, klik butang “Log Masuk”.
- Masukkan username dan password Anda.
- Lepas log masuk, klik “Account Overview” untuk tengok maklumat akaun.
- Pilih “E-Statement” untuk tengok penyata elektronik.

- Pilih akaun mana yang Anda nak penyata tu.
- Klik butang “Download” untuk muat turun penyata bank dalam bentuk PDF.
Dengan langkah ni, Anda boleh dapatkan penyata bank BSN tanpa perlu keluar rumah.
Cetak Penyata Mini di ATM
Kalau Anda perlukan penyata mini cepat, Anda boleh print kat mesin ATM BSN. Ikut langkah-langkah ni:
- Cari mesin ATM BSN yang paling dekat dengan Anda.
- Masukkan kad debit BSN Anda ke mesin ATM.
- Pilih bahasa yang Anda nak guna.
- Masukkan PIN ATM Anda.
- Dari menu utama, pilih “Pertukaran PIN / Urusan Lain”.
- Pilih “Penyata Mini” dari pilihan yang ada.
- Caj RM0.50 akan dikenakan untuk penyata mini.
- Sahkan pilihan dengan tekan “YA”.
- Mesin ATM akan print penyata mini Anda.
Cara ni memang cepat, Anda boleh dapat penyata mini dalam masa beberapa minit je.
Cara Dapatkan Statement Bank BSN di Cawangan
Untuk Anda yang suka berurusan secara face-to-face, boleh dapatkan penyata bank kat cawangan BSN, pastikan Anda dah tahu waktu operasi bank BSN. Ikut langkah ni:
- Pergi ke cawangan BSN yang dekat dengan Anda. Jangan lupa bawa kad pengenalan dan buku simpanan.
- Beritahu pegawai kat kaunter yang Anda nak cetak penyata bank BSN.
- Berikan butiran akaun bank Anda macam nombor akaun atau maklumat lain yang pegawai mintak.
- Kalau ada caj untuk perkhidmatan ni, pastikan Anda bayar.
- Pegawai bank akan proses permintaan Anda dan cetak penyata bank.
- Lepas dapat penyata bank, pastikan Anda periksa maklumat tu betul-betul.
Gunakan panduan ni untuk mudahkan proses dapatkan penyata bank Anda. Dengan penyata bank yang terkini, Anda boleh kawal perbelanjaan dan pastikan kewangan sentiasa dalam keadaan baik





