Contoh Password BSN
Contoh Password BSN

Contoh Password BSN Online dan myBSN App Selamat

Posted on

Semakin meningkatnya penggunaan perbankan dalam talian, banyak kes yang melibatkan penyalahgunaan akaun disebabkan kata laluan yang lemah atau mudah diteka. Hal ini boleh membawa kepada kehilangan maklumat peribadi dan kewangan yang sensitif.

Sebagai pengguna bank BSN, kami ingin kongsikan panduan ringkas tapi penting untuk memilih kata laluan yang selamat bagi perkhidmatan BSN online atau myBSN app.

Amalan ini tidak hanya melindungi akaun anda daripada penyalahgunaan, tetapi juga memberi ketenangan fikiran kepada anda semasa menggunakan perkhidmatan perbankan dalam talian.

Contoh Nama Pengguna dan Password BSN

Jadi, Anda kena pastikan nama pengguna dan kata laluan tu memenuhi kriteria keselamatan yang ditetapkan. Jangan main pilih-pilih ye! Ini dia tips penting:

  • Nama Pengguna: Pilih aksara antara 8 hingga 12 aksara. Campurkan angka dan huruf untuk buat dia lagi susah.
  • Password: Panjang dia antara 6 hingga 12 aksara. Pastikan ada huruf besar, huruf kecil, angka, dan kalau boleh tambah aksara khas lagi.

Sebagai contoh yang diberikan oleh BSN:

  • Nama Pengguna: AzzamMalik23
  • Password: Kakros22-Comel

Contoh yang kita bagi dari BSN tu, contoh je tu. Jangan ikut betul-betul, better Anda kreatif sikit cari kata laluan yang tak senang orang nak teka.

Sekiranya Anda nak tukar password BSN online, Anda boleh ikuti langkah dalam artikel terlupa username dan password BSN.

Tips Pilih Kata Laluan yang Selamat

Nak pastikan kata laluan Anda tak senang kena hack? Jom ikut tips ni:

  • Kalau boleh, elakkan guna nama Anda, tarikh lahir, atau nombor telefon. Senang sikit nak teka kalau camtu.
  • Gabungkan semua jenis huruf dan angka. Boleh cuba letak aksara khas kalau Anda rasa perlu lagi kuatkan keselamatan.
  • Pilih kombinasi yang tak logik sangat. Kalau boleh, cuba letak salah eja atau tersilap taip.

Selain dari kata laluan, ada lagi tips penting ni:

  • Kata laluan tu macam rahsia peribadi. Jangan kongsi dengan sesiapa pun, termasuk staff bank pon jangan.
  • Sentiasa kemas kini pelayar internet Anda. Versi baru tu biasanya ada ciri keselamatan tambahan.
  • Lepas Anda guna perkhidmatan dalam talian, pastikan log keluar betul-betul.

Jadi, ingatlah tips-tips ni kalau Anda nak guna perbankan dalam talian dengan lebih selamat. Pastikan kata laluan Anda betul-betul kuat dan susah nak teka.

Dengan amalkan semua ni, Anda boleh elakkan risiko orang lain capai akaun Anda tanpa izin. Keselamatan bermula dari tindakan Anda sendiri, jangan lupa!

Sekian dari kami, harap artikel ni membantu Anda untuk jaga keselamatan perbankan dalam talian Anda.