Apa yang perlu Anda lakukan apabila akaun BSN Anda tidak aktif? Bagaimana pula jika akses perbankan internet BSN Anda terhalang atau kena block?
Kami akan memberi panduan langkah demi langkah tentang cara untuk mengaktifkan semula akaun BSN dan perbankan internet BSN online Anda.
Syarat Pengaktifkan
Sebelum kita masuk ke langkah-langkahnya, mari kita terlebih dahulu fahami syarat dan dokumen yang diperlukan untuk mengaktifkan semula akaun BSN:
- Kad Pengenalan (IC) – Dokumen pengenalan diri yang sah.
- Buku Bank – Buku akaun bank Anda.
- Duit RM20 – Kos pentadbiran untuk deposit.
- Kad ATM BSN – Kad ATM Anda.
Sekiranya Anda mempunyai semua dokumen di atas, Anda bersedia untuk meneruskan proses pengaktifan semula akaun BSN Anda.
Cara Aktifkan Semula Akaun BSN di Kaunter
Berikut adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan semula akaun BSN Anda:
- Pergi ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan dengan membawa semua dokumen yang diperlukan.
- Segera beritahu pegawai bank di kaunter bahawa Anda ingin mengaktifkan semula akaun BSN Anda.
- Pegawai bank akan meminta dokumen seperti kad pengenalan dan kad bank. Jika Anda tidak mempunyai buku bank, jangan bimbang, proses pengaktifan tetap boleh dilakukan.
- Setelah menyerahkan dokumen, sila tunggu 7 minit untuk proses pengaktifan akaun BSN Anda. Pegawai bank akan melakukan proses pengaktifan dengan segera.
- Setelah proses selesai, Anda kini boleh menggunakan semula akaun BSN Anda seperti sediakala.
Lepas ni Anda boleh semak baki akaun BSN melalui kad pengenalan.
Cara Aktifkan Perbankan Internet MyBSN
Bagaimana pula jika akses perbankan internet BSN Anda disekat atau kena block bila lama tak digunakan? Berikut adalah langkah untuk mengaktifkan semula akses perbankan internet myBSN:
- Anda boleh menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900 untuk mendapatkan bantuan mengenai pengaktifan semula akses perbankan internet myBSN.
- Anda juga boleh menghadiri mana-mana cawangan BSN yang berdekatan untuk mendapatkan bantuan daripada pegawai bank.
Mengaktifkan semula akaun BSN dan perbankan internet BSN bukanlah sesuatu yang sukar jika Anda mempunyai dokumen yang diperlukan dan mengikuti panduan yang diberikan.
Pastikan Anda sentiasa mengikuti langkah-langkah yang dinyatakan di atas dan berhubung dengan pihak BSN jika memerlukan bantuan tambahan.
Dengan itu, Anda dapat memulakan semula penggunaan perkhidmatan perbankan Anda tanpa sebarang masalah





