Menyimpan duit SSP BSN boleh jadi satu cabaran besar bagi sesetengah orang, terutamanya bila banyak pilihan simpanan yang ada di BSN.
Ramai orang tak tahu yang SSP ni bukan sahaja satu cara yang selamat untuk simpan duit, tapi juga ada peluang untuk menang hadiah cabutan bertuah.
Namun, ada juga yang tak tahu macam mana nak mula menyimpan dengan SSP ni. Mungkin ada yang rasa langkah-langkahnya rumit atau tak pasti nak guna kaedah yang mana satu.
Dalam artikel ni, kami akan terangkan cara-cara yang paling mudah dan senang untuk menyimpan SSP BSN, tak kisahlah Anda nak guna mesin ATM, mesin deposit tunai, perbankan internet atau jumpa ejen bank berdaftar.
Setiap cara ni ada kelebihan dan kemudahan tersendiri yang boleh Anda pilih ikut keselesaan.
Menyimpan SSP Melalui Mesin ATM
Kalau Anda ada kad ATM atau Debit BSN, cara ni memang senang sangat. Ikut je langkah ni:
- Masukkan kad ATM / Debit BSN
- Pilih bahasa yang Anda faham.
- Masukkan nombor PIN.
- Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.
- Masukkan jumlah dalam gandaan RM10.
- Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.
Mesin Deposit Tunai (Dengan Kad ATM/Debit BSN)
Kalau Anda nak guna mesin deposit tunai, cara ni pun senang je:
- Masukkan kad ATM / Debit BSN
- Pilih bahasa yang Anda faham.
- Masukkan nombor PIN.
- Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.
- Pilih cara simpanan (debit akaun atau tunai).
- Masukkan jumlah dalam gandaan RM10.
- Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.
Mesin Deposit Tunai (Tanpa Kad ATM/Debit BSN)
Kalau Anda dah ada akaun BSN SSP, tapi tak ada kad ATM/Debit, Anda boleh guna cara ni:
- Pilih bahasa yang Anda faham.
- Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.
- Masukkan nombor akaun simpanan BSN Giro/Giro-i.
- Masukkan jumlah dalam gandaan RM10.
- Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.
Perbankan Internet myBSN
Untuk yang lebih tech-savvy, Anda boleh guna perbankan internet myBSN. Senang je, ikut langkah ni:
- Log masuk ke Laman Web BSN di www.bsn.com.my.
- Pilih ‘Simpanan BSN eSSP’.
- Pilih ‘nombor akaun’ dari senarai.
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
- Sahkan simpanan dan cetak resit transaksi.
Ejen Bank Berdaftar (EB BSN)
Kalau Anda lebih suka jumpa orang face-to-face, Anda boleh pergi ke ejen bank berdaftar BSN. Macam ni caranya:
- Bawa kad pengenalan dan duit tunai (untuk pelanggan baru) ATAU kad ATM/Debit BSN atau tunai (untuk pelanggan sedia ada) kepada EB BSN.
- EB BSN akan proses simpanan BSN SSP di terminal POS.
- Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.
- Simpanan maksima adalah RM1,000 untuk setiap transaksi.
Kalau Anda ada apa-apa soalan atau nak tahu lebih lanjut, boleh je layari laman web rasmi BSN di www.bsn.com.my atau pergi ke cawangan BSN yang terdekat.